Borang Kursus Usahawanan RBS-GEN21

Syarat Penyertaan

1. Kursus ini adalah anjuran Persatuan Penduduk Generasi Baharu Blok 2 Felda Mempaga 1 Bentong. 

2. Penyertaan ini terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja, tanpa mengira had umur.

3. Setiap peserta boleh membawa telefon pintar, laptop ATAU tablet untuk kegunaan sepanjang kursus. 

4. Pakaian sepanjang kursus adalah bebas asalkan selesa dan sopan.

5. Kos perjalanan peserta adalah ditanggung oleh peserta atau organisasi peserta sendiri. 

6. Penganjur akan menyediakan bahan kursus, sarapan, makan tengah hari dan minum petang untuk setiap peserta. 

7. Peserta yang terpilih akan dimaklumkan oleh pihak urus setia sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum tarikh bengkel dan akan dimasukkan ke dalam kumpulan whatsapp peserta untuk makluman selanjutnya. 

9. Tarikh tutup penyertaan ini adalah pada 28 Jun 2026, jam 11:59 malam. Sebarang penyertaan selepas tarikh tutup akan dipertimbangkan sekiranya masih ada kekosongan tempat. 

10. Sekiranya peserta tidak dapat hadir ke bengkel atas alasan kecemasan, sila maklumkan kepada penganjur selewat-lewatnya 48 jam sebelum tarikh program supaya pihak kami dapat gantikan dengan peserta lain. 

11. Pihak penganjur berhak menunda atau membatalkan program sekiranya terdapat sebarang masalah dalam penganjuran bengkel ini. 

12. Penyertaan peserta adalah secara sukarela dan pihak penganjur tidak akan menanggung sebarang liabiliti akibat kemalangan atau kecelakaan sepanjang bengkel berlangsung.

13. Sila isi borang pendaftaran peserta untuk mengesahkan penyertaan anda. 

14. Sila buat pembayaran ke akaun PERSATUAN PENDUDUK GENERASI BAHARU BLOK 2 FELDA MEMPAGA 1 BENTONG di bank CIMB, nombor akaun 8605 9675 57, dan muat naik bukti pembayaran di ruangan borang pendaftaran. 

15. Hanya peserta yang telah membuat pembayaran sahaja akan dimasukkan ke dalam kumpulan whatsapp peserta. 

 

Please enable JavaScript in your browser to complete this form.
Step 1 of 2
Peserta mestilah berumur 18 tahun ke atas
Jantina
Alamat
Click or drag a file to this area to upload.